SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KAMI

SELAMAT DATANG DAN JUMPA LAGI

Wednesday, January 15, 2014

KEADAAN CUACA PADA AKHIR-AKHIR INI TIDAK MENENTU HATI- HATI KEPADA WARGA SEKOLAH SERTA MURID-MURID SK.RAMPAYAN ULU KOTA BELUD

Assalamualaikum salam 1 malaysia... berhati-hati di sebabkan pada masa ini hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan banjir,oleh itu kepada warga sekolah berhati-hati semasa menjalankan tugas serta murid-murid juga berhati -hati semasa pergi ke sekolah di sebabkan keadaan hujan yang sangat lebat dan secara rawak turun dengan membawa angin kencang ,bawa payung serta baju hujan bagi murid-murid sekiranya berada di kawasan sekolah berhati-hati dengan tempat laluan anda di sebabkan jalan yang berair dan licin...

bagi warga sekolah untuk maklumat lanjut rujuk pekeliling perkhidmatan Bil 1 Tahun 1986 bagi kategori yang tidak dapat menghadirkan diri untuk bertugas di sebabkan keadaan cuaca harap maklum...

Friday, January 10, 2014

CUTI PERISTIWA SEMPENA MAULIDUR RASUL PADA TAHUN 2014 BAGI SK RAMPAYAN ULU KOTA BELUD.

Assalamualaikum ,salam 1 malaysia pada 13 Januari 2014 hari isnin  sekolah cuti peristiwa bagi menyambut maulidur rasul pada 14 Januari 2014 hari selasa ,selamat menyambut kelahiran nabi Muhammad S.a.w ,dan jaga kesihatan di sebabkan  keadaan cuaca yang tidak menentu dan hujan lebat.berhati-hati ,selamat bercuti dan jumpa pada hari rabu.... sekiranya keadaan cuaca tidak lagi cerah  dan masih cuaca hujan murid digalakkan membawa payung,baju hujan.

Thursday, January 2, 2014

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2014

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia ,Hari pertama persekolahan 2014 ,Alhamdulillah semangat baru kepada warga pendidik dan murid-murid pada hari ini menggambarkan ilmu pendidikan wajib untuk diberikan dan di kembangkan bagi memberikan generasi kita ilmu pendidikan yang mantap serta dapat membimbing mereka pada masa akan datang...terima kasih kepada semua yang hadir ke sekolah pada hari ini dapat memberikan impak yang positif bagi memajukan ilmu pendidikan bukan hanya di rumah,di sekolah malah untuk negara am nya.Bagi murid tahun Pra sekolah dan Tahun 1 yang sangat bermakna bagi hidup mereka kerana murid pra sekolah baru belajar erti persekolahan mana kala murid tahun 1 mereka akan mendapat lagi ilmu pendidikan ke tahap yang lebih tinggi dan begitu juga semua murid terima kasih di atas kehadiran anda semua..begitu juga murid yang lain. kepada guru-guru terima kasih di ucapkan kerana masih lagi cermerlang membantu generasi malaysia....Usaha tangga kejayaan...

Adakalanya berbagai /pelbagai karenah murid-murid yang baru mengenal alam persekolahan ini ,ada yang gembira jumpa kawan baru dan lama ,sedih di tinggalkan ibu-bapadi dalam kelas ,menangis,bermacam-macam gaya ,,,sabar itulah tugas guru sebagai pengajar dan pembimbing bagi memujuk,memberikan nasihat,dan semangat keseronokan untuk ke sekolah semoga anda semua berjaya.