SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KAMI

SELAMAT DATANG DAN JUMPA LAGI

Wednesday, July 17, 2013

SK. Rampayan Ulu peti Surat 198,89158 Kota Belud,Sabah.

Assalamualaikum,salam 1 malaysia lama sudah tidak memberikan maklumat terkini,bukan apa sibuk dengan aktiviti-aktiviti yang berlangsung di sekolah pada tahun 2012 ,melibatkan sekolah menjadi tuan rumah bagi acara ,pertandingan bahasa inggeris,tilawah al-quran dan pertandingan bola sepak peringkat zon utara,serta aktiviti pra sekolah bagi tahun 2012 .Bagi tahun 2013 awal persekolahan sangat baik dengan kehadiran guru,aks dan murid ke sekolah.

Pada tahun 2013 ini di mulakan dengan aktiviti program lawatan sambil belajar pra sekolahpada tarikh 4 JULAI 2013 ke taman zoo lok kawi,muzium negeri sabah,tanjung aru beach,dan muzium perubatan UMS, Tujuan program ini memupuk minat ,mengetahui ,membuka minda mereka tenteng kehidupan binatang ,jenis-jenis binatang,di mana mereka tinggal ,dan mengetahui lebih lanjut mengenai kepintaran binatang contoh nya di zoo seekor burung kakak tua pandai matapelajaran matematik ,mengira nombor  sangat menakjubkan murid pra sekolah dapat pengetahuan dan mereka sangat terhibur dengan persembahan burung tersebut. begitu juga tempat yang lain dapat mengenal tingalan sejarah yang terdapat di muzium,serta tempat yang lain juga dapat memberikan inspirasi kepada murid-murid pra sekolah sekiranya mereka bercita-cita untuk menjadi seorang doktor tempat yang di lawat dapat mengenai  perubatan ,kejadian manusia untuk di kaji .

manakala sempat juga ibu-bapa dan murid pra sekolah berehat sekejap di pantai tanjung aru untuk berehat dan makan minum menghirup cuaca yang nyaman sambil menunggu rombongan yang lain,insyallah sekiranya berpeluang lagi program lawatan akan di lakukan itupun jika tiada kekangan dan masa untuk di lakukan....
Tahniah kepada ibu-bapa pra sekolah sk.rampayan ulu di atas kerjasama dan sumbangan anda bersama-sama program tersebut pihak pra sekolah tidak dapat lupakan.Tahniah juga kepada pihak pengurusan sekolah di atas kebenaran kepada murid-murid pra sekolah melakukan program lawatan sambil belajar.,dan tidak lupa juga kepada pihak sekolah yang lain di dalam program lawatan ini tahniah di ucapkan SK.TIMBANG KOTA BELUD,SK.KESAPANG KOTA BELUD,SK.PANDASAN KOTA BELUD ,kepada ibu-bapa yang terlibat terima kasih di ucapkan.....


Aktiviti akan di sambung pada selepas bulan ramadan nanti ........insyaallah festival bakat pra sekolah pada 22 ogos 2013 di sk.Labuan kota belud, manakala aktiviti sekolah rendah seperti biasa

No comments: