SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KAMI

SELAMAT DATANG DAN JUMPA LAGI

Wednesday, February 2, 2011

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN RAMPAYAN ULU,KOTA BELUD,SABAH.

            Assalamualaikum,salam 1 malaysia kepada semua,yang sudi membuka catatan blog sekolah kami, di sini saya selitkan sedikit sejarah penubuhan sekolah ini yang terletak di Kg.Rampayan Ulu
Kota Belud.Terlebih maklum kepada semua, catatan ini saya petik dari takwim sekolah kami yang dikendalikan oleh pihak warga sekolah ini terima kasih di atas info yang tercatat di dalamnya.

Sekolah Kebangsaan Rampayan Ulu mula di buka pada tahun 03 Januari 1976,sekolah ini terletak di bahagian Daerah Kota Belud iaitu di sebelah barat laut negeri Sabah.Kedudukan nya yang sangat jauh tidak mematahkan semangat tenaga pengajarnya yang menjalankan tugas mendidik anak-anak murid mereka, semangat mereka sebagai guru amat terpuji di atas pengorbanan mereka,di ucapkan terima kasih yang tidak terhingga semoga pengorbanan mereka mendapat pahala dan kejayaan cemerlang dalam tugas mereka.

                Luas kawasan sekolah ini lebih kurang dalam 4 ekar ,serta jarak sekolah ini ke Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud kira-kira 32 km dan dari pusat bandar Kota Belud di anggarkan 35 km.Sebelum ini jalan yang menghubungkan ke sekolah ini sangat mencabar ini kerana jalan nya masih belum bertar masih jalan grable orang kata di sini ,Ada di antara masyarakat yang ada kenderaan seperti  kereta atau motosikal akan terenjut-enjut menahan kesakitan apabila melalui kawasan jalanraya nya,Seingat saya tayar kereta ada di antaranya  2 kali setahun mengantikan tayarnya, sabar itu satu dugaan,tetapi alhamdulillah sekarang ini kawasan jalanraya ada perubahan serta peningkatan diatas sumbangan dan prihatin kerajaan telah melayakkan kawasan jalanraya Kg Rampayan Ulu yang menghubungkan sekolah di naik taraf jalanraya nya pada tahun 2005 atau 2006 kalau tak silap,jalan raya sudah mudah dilalui oleh masyarakat kg , serta kepada tenaga pengajar di sekolah tersebut dapat melaluinya dengan mudah.

                Pada awal penubuhan dan pembukaan sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan dan sebuah kuartes guru pada ketika itu sekolah ini tidak mempunyai apa-apa kemudahan infrastruktur,itu saya mengiakan ini kerana pada ketika itu klau nak belajar menggunakan lampu minyak ,belajar pada waktu malam apa boleh buat pada ketika iti arus elektrik belum masuk lagi di kawasan ini,setelah beberapa tahun menunggu alhamdulillah ada khbar berita bahawa kawasan kg serta sekolah di bekalkan kemudahan elektrik kalau tak silap pada tahun 1998.Syukur alhamdulillah semangat nak belajar itu mangkin berkobar-kobar disebabkan lebih selesa untuk belajar.Pada ketika itu orang nak sterika baju menggunakan sterika tradisional yang ada cop ayam,nak licinkan baju habis kayu bakau dan tempurung kelapa di bakar ,lucu juga ini cerita dari makcik dan nenek yang berikan informasi teringat kenangan dulu-dulu ,susah juga ya. Pada hari ini dah baik pacak saja soket sterika dah siap.

                Pada awal penubuhan sekolah ini hanya terdapat 75 orang pelajar sahaja dan 5 orang tenaga pengajar termasuklah seorang Guru Besar.Pada tahun 1979,sekolah ini mendapat tambahan bangunan,iaitu dua buah bilik darjah,sebuah bilik guru dan dua buah kuartes guru.Alhamdulillah sekolah ini mendapat tambahan kelas serta rumah guru lebih selesa, ini kerana pada zaman saya bersekolah teringat lagi pada ketika itu bilik SPBT 2011 pernah menjadi kelas kami pada ketika itu memang sempit tak luas tapi alhamdulillah ada perubahan setelah beberapa tahun kemudian.Pada tahun saya bersekolah di sini teringat pada Ketua pengawas pada ketika itu sekarang dah jadi cikgu pernah menjadi tenaga pengajar di sekolah ini dan telah bertukar di Tuaran  iaitu Ustaz Arshad Bin Tiardek,semangat nak beri nasihat dengan adik-adik pada zaman kami sangat memberikan semangat kepada kami  ,ada juga yang sampai ke Universiti anak-anak didik Sk.Rampayan Ulu ini Tahniah,

               Menjelang tahun 1998,sekolah ini mendapat kemudahan Elektrik dan talian telefon sekolah dan rumah masyarakat kg.Pada tahun 2003 sekolah ini terlibat dalam program menaik taraf beberapa buah sekolah dan telah mendapat sebuah bangunan konkrit yang mempunyai empat buah bilik darjah dan sebuah kuartes berkembar,Alhamdulillah Syukur ada penambahan kelas lagi yang lebih luas untuk keselesaan murid-murid di sekolah ini. Pada tahun 2007 perluasan Kelas Pra-Sekolah di Daerah Kota Belud telah melayakkan Sk.Rampayan Ulu mendapat  1 kelas dan telah beroperasi pada tahun 2009,walaupun di sebelah sekolah terdapat sebuah kelas KEMAS yang lebih awal wujud disana,Dengan ada nya kelas Pra-Sekolah Dapat bersama-sama membimbing Generasi mudah ini ke arah pendidikan yang lebih bermutu seperti yang di war-warkan dalam konsep NKRA yang di perkenalkan kini Serta pembelajaran Kurikulum kebangsaan yang ada perubahan dan peningkatan.

             Pada tahun 2008 Sk.Rampayan Ulu telah mendapat 2 orang lagu guru baru dalam Unit  Pendidikan Islam Bahagian Pembelajaran Pendidikan Berasaskan J-QAF. Yang akan mengajar dalam pendidikan Jawi ,Al-Quran,Amali dan Asas Fardhu Ain,Alhamdulillah ada manafaat kepada murid-murid di sekolah  juga boleh mendapatkan ilmu.Cerita sikit Pada Zaman anak-anak muda dulu suka mengaji di Surau kecil di tengah-tengah kg,tiap -tiap hari sebelum waktu maghrib sehingga waktu Isyak  bersama-sama rakan yang lain dah masuk dalam kawasan surau tunggu Ustaz sampai ,untuk mengaji pada ketika, itu ada seorang ustaz yang sangat prihatin dengan anak-anak di kg dan yang bersekolah ,yang paling di takuti nya tidak kenal huruf ,tajwid ,sebutan yang betul,tapi alhamdulillah diatas pengorbanan dan usaha Ustaz  tersebut ramai di antaranya khatam Al-Quran,yang paling membanggakan ada di kalangan anak-didiknya berjaya  terima kasih,semoga mendapat pahala yang setimpal di atas pengorbanan mu.

              Pada tahun 2009, juga telah melonjakkan nama Sekolah dan murid di sekolah ini yang membanggakan Guru Besar Tuan Haji Mohd Ghazali Bin Zakaria  serta warga Sk.Rampayan Ulu diatas keputusan UPSR yang cemerlang  Tahniah kepada yang berjaya terutamanya adik Norshakinah Binti Mazran mendapat 5 A dalam UPSR serta rakan-rakan nya yang lain,terima kasih kepada Guru-guru yang bertungkus lumus berusaha mengajar murid-murid tahun 6,serta guru-guru yang lain,Terima Kasih di ucapkan kejayaan itu adalah kebangaan kita semua bersama.

                      Pada tahun 2010 permulaan kepada suasana yang baru serta perancangan aktiviti-aktiviti yang di rancang seperti ,Kelas tambahan,Kbs J-Qaf,Sukan Peringkat Daerah, Pertandingan Bola Sepak,Sepak
Takraw,Badminton, Pertandingan minggu Pendidikan Islam di antara aktiviti yang di langsungkan Hafazan,Nasyid bercerita, Minggu Bahasa Inggeris ,Story telling,quiz ,serta Majlis Ucapan penyampaian Hadiah .Hari Guru ,Hari Sambutan Hari Raya Sekolah ,Sukan sekolah.


                   Manakala Bahagian Kelas prasekolah mengadakan aktiviti-aktiviti yang mengikut tema,Pra Sekolah telah mendapat pingat dalam acara Bola Baling pada tahun 2009 pada awal kemasukan murid di Kelas Pra Sekolah pada ketika itu yang di sandang oleh Adik Mohd Afsyam Bin Sanaan ,Terima kasih diatas kerjasama ibu-bapa bersama-sama pihak Pra sekolah dalam setiap aktiviti-aktiviti yang di jalankan.Begitu juga kenangan bersama ibu-bapa dalam aktiviti -aktiviti sukan neka bersama keluarga acara yang dipertandingkan seperti Tarik tali di antara ibu-bapa mengikut rumah sukan, Acara lari 4x100 meter ,
seronok sangat melihat gelagat ibu-bapa pada hari tersebut,kalau ada masa insyallah saya selit kan gambarnya. Pada lain kali saya akan catat kan Pengorbanan nama-nama mantan tenaga pengajar tunjang sekolah iaitu Guru Besar serta tenaga pengajar nya yang lain yang bertungkus lumus mempertingkatkan prestasi sekolah pada ketika itu, Insyallah saya akan catatkan pada catatan yang lain, Andaikata apa yang saya tulis ini ada pernyataan atau perkataan yang tak berapa elok ,saya mohon maaf dan terima kasih,andai kata ada penambahan serta ulasan daripada anda semua pandangan dan pendapat anda boleh diterima sebagai panduan .


Wassalam,

Rmj

No comments: